TAKWIL #MIMPI #MUHAMMAD #QASIM (Seri ke 6)

April 04, 2020
Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamu’alaikum! 

#Ngaji #Nguji Mimpi Muh Qasim.

Dari: Diki Chandra

Di Seri ke 6 ini, pentakwilan akan dijelaskan sangat detail dan secara khusus menjelaskan nomor urut 16, yaitu tentang; DARI KEGELAPAN MENUJU CAHAYA.

📌 "aku sedang berada di rumah lamaku dan semuanya rusak dan tidak ada pencahayaan."
- Takwilnya ;
Pondasi & kehidupan agama telah rosak (yakni hubungan manusia dengan Allah dan hubungan dengan sesama makhluk). Hati manusia di dalam "zulmat" (ظلمة) karena tiada cahaya hidayah. Cahaya hidayah tidak ada karenal tidak adanya al-Manhaj an-Nubuah.

📌 "Aku berkata mungkin ini sudah tertulis di dalam takdirku bahwa aku akan hidup di dalam kegelapan selamanya."
- Takwilnya ;
Qasim telah pasrah dengan kehidupan karena menganggap segalanya itu taqdir. Hidup dalam kegelapan adalah hidup yang tidak merasakan nikmat dari Rahmat Allah. Semua amal yang dilakukan tidak memberikan hasil, doa tidak terkabul dan apabila hidup dizalimi Allah tidak membantu. Zaman kegelapan seluruh ummat melanda bila sudah ada sebahagian besar ummat yang berbuat kebaikkan sesama makhluk tetapi rasa terpaksa, malah berbuat ketaatan kepada Allah juga sudah terasa seperti terpaksa. Bagaimana beliau hendak keluar dari kegelapan kerana untuk keluar dari kegelapan itu perlu untuk mengubah keadaan ummat.

📌 "Namun kemudian Allah muncul di atas tahta-Nya dan berkata “Qasim, sampai kapan kau akan terus hidup di dalam kegelapan ini?"
- Takwilnya ;
Sedangkan Allah memerintahkan untuk usaha mendapatkan rahmat Allah, usaha untuk masuk ke dalam Qada Allah, kerana Qada Allah mengatasi taqdir. Manusia yang terikat pada taqdir. Allah yang menciptakan taqdir, Allah tidak terikat pada taqdir. Qassim diperintahkan untuk memulakan tugasnya untuk mengubah taqdir ummat, kerana Allah tidak akan mengubah takdir ummat melainkan ummat itu berusaha untuk mendapatkan Rahmat Allah.

📌 "Keluarlah dari rumahmu dan carilah sebuah tempat dengan rahmat dan barakah-Ku,"
(Ini perintah Allah, maka turut perintah Allah seperti mana yang diperintahkan, jangan sesekali membuat takwil, atau apatah lagi membuat andaian andaian.
terdapat dua perintah pertama "keluar rumah" dan kedua "cari sebuah tempat"

"yaitu tempat yang tidak ada kegelapan dan kesedihan.”
Yang ini ayat mutasabihat, boleh ditakwilkan atau diperjelaskan. Tempat yang dimaksudkan adalah usaha yang telah dibangunkan oleh mujaddid seratus tahun sebelum beliau, kerana mujaddid tersebut telah memulakan usaha alManhaj anNubuah. "yaitu tempat yang tidak ada kegelapan dan kesedihan" adalah usaha alManhaj anNubuah. Maksud alManhaj anNubuah adalah "Bentuk Kerja Kenabian"

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ
“Katakanlah: Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku ( alManhaj anNubuah Muhammad), niscaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa kalian“.
(QS. Alu Imron 3:31).

"Dengan segera aku meninggalkan rumahku dengan gembira berpikir betapa
baiknya Allah karena Dia telah datang untuk mengeluarkan aku dari kegelapan ini."
Takwilnya:
Qassim merupakan seorang yang siddiqin dan bertanggung jawab tanpa berlengah terus taat melakukan apa yang diperintahkan dengan perasaan gembira. Satu sifat yang terdapat pada beliau adalah husnuldzon terhadap Allah yang memberi arahan kepada beliau untuk "keluar dari rumah" dan "carilah sebuah tempat". Sifat yang terbina pada beliau adalah yakin dan ikhlas "Lillahi wa Billahi" "kerana Allah dan dengan Bantuan Allah"
InsyaAllah, Allah sedang tarbiah beliau dengan beberapa sifat Siddiqin, Ihtimam, Taat, Istiqqdat, Khusnuldzhon, Ihtisab hanya kerana beliau mula bergerak seperti yang diperintahkan.

"Aku berjalan tak seberapa jauh ketika aku kemudian melihat ada 8 atau 10
singa lapar berukuran besar sedang mengaum. Aku lari ke dalam rumahku
ketakutan dan membanting pintu di belakangku. Aku mengeluh kepada Allah
l dan Dia berkata “Percayalah kepada-Ku, tidak ada satupun dari mereka
yang bisa menyentuhmu.” "
Takwilnya:
Mimpi melihat seekor singa, dapat ditakwilkan akan mendapatkan kedudukan yang tinggi. Namun mimpi melihat 8-10 ekor singa yang besar, dan singa tersebut terputus putus bererti akan berlaku 10 peperangan dan 8 daripadanya adalah pasti. Ini bermaksud beliau akan menyertai 8 dari sepuluh peperangan yang besar. Kelapan lapan peperangan tersebut mendapat kemenangan. Kemenangan inilah yang menaikkan nama beliau sehingga mula dikenali serta dimuliakan.

DUA PEPERANGAN YANG TIDAK DISERTAI OLEH QASSIM
1) Peperangan antara 3 putra mahkota Arab apabila kemangkatan Raja Arab. peperangan ini mengakibatkan keruntuhan Kerajaan Arab.
2) Peperangan di Turkey. Peperangan ini berlaku atas serangan dari musuh musuh Islam. Turkey diserang oleh Amerika dan sekutunya, sehingga mengakibatkan orang Islam Turkey mengadakan perjanjian dengan Russia.

LAPAN PEPERANGAN YANG QASSIM SERTAI.
(dua di antaranya sebelum beliau dibai'ah)
1) Peperangan Ghazwa Hind
2) Peperangan al-Malhamah di BaitulMaqdis
(Peperangan Yang dipimpin oleh Qassim selepas beliau dibai'ah)
3) Peperangan al-Malhamah di Jazirah Arab
4) Peperangan al-Malhamah di Parsi (Iran)
5) Peperangan al-Malhamah di Amaq atau Dabiq Konstantin (Turkey)
6) Peperangan al-Malhamah Qubra dengan Dajjal dan Bangsa Yahudi
(Peperangan yang dipimpin oleh Isa as)
7) Peperangan al-Malhamah Qubra dengan Bangsa Rome (Vatican dan Italy)
8) Peperangan al-Malhamah Qubra dengan Bangsa Rum

"Aku melihat dari jendela untuk mencari singa-singa tadi. Anjing-anjing yang
menakutkan berlari menuju jendela sambil menyalak dengan ganasnya. Aku jatuh terduduk ketika anjing-anjing itu mendekat. Anjing-anjing itu menumbur teralis jendela dan pingsan. Aku duduk di pojokan dinding, mengeluh kepada Allah l dengan sambil meragukan pernyataan-Nya yang sebelum ini. Allah l menjadi marah dan menyambar anjing-anjing itu dengan kilat dan mereka mati di tempat."
Takwilnya:
Ketika beliau mula berusaha menceritakan peperangan yang bakal berlaku dan menceritakan mimpi mimpinya, terdapat golongan yang mengeluarkan kata kata yang mengakibat usaha beliau tergendala. Mereka yang mendakwa Qassim sesat atau berdusta atau sebagainya, namun ianya tidak dapat mengapa apakan Qassim. Qassim terpelihara atas tanggungjawab agama yang beliau pikul. Apabila golongan tersebut masih tetap mengganggu Qassim maka Allah hancurkan kedudukkan mereka dan mereka akan mendapat kemurkaan Allah.

"Allah berkata, “Qasim, turutilah perintah-Ku atau hiduplah di dalam kegelapan ini selama-lamanya,” dan “Percayalah kepada-Ku, Aku akan melindungimu dan membuatmu mencapai takdirmu. Dan Qasim, Aku Maha Berkuasa atas apa yang Aku kerjakan.”
Takwilnya:
Ini Jelas tidak perlu ditakwilkan
Setiap perintah dalam mimpi adalah Jelas tidak perlu ditakwilkan

Cuma kita perlu paham apa yang dimaksudkan dengan kegelapan. Kegelapan ini adalah kegelapan hati, punca kegelapan adalah sifat ananiah dan ujub yang merupakan ibu kepada penyakit hati dan punca segala maksiat. Kegelapan tidak akan hilang dengan marah, pukul, mahu pun perdebatan ilmu. Kegelapan hanya akan hilang apabila ada cahaya. Hanya Allah yang mampu memberikan kembali cahaya tersebut kepada manusia seperti mana Allah telah kurniakan melalui Rasullullah saw.

"Allah pergi dan aku terus berbaring di sana, berpikir tentang apa yang harus kulakukan. Lalu aku berpikir, apapun yang aku lakukan, kematian pasti datang. Lebih baik mati di luar sana daripada mati di dalam kegelapan ini dan Allah l pun telah menjanjikan kepadaku perlindungan dan kesuksesan."
Takwilnya: adalah ikhtiyar
- Sifat asal hati adalah membuat keputusan atas pilihan (ikhtiyar)  Sekiranya baik hatinya maka baiklah segala yang lain, sebaliknya jika buruk hatinya maka buruklah segala yang lain. Maksud baik dan buruk inilah kyiar (pilihan) yang ada pada hati.

- ikhtiyar adalah keputusan dari hati untuk membuat pilihan samada untuk memenuhi tuntutan Allah atau untuk memenuhi tuntutan ghairullah (selain Allah). Pilihan yang paling sukar bila terdapat tuntutan ananiah (nafsu). Sekiranya keputusan ikhtiyar dibuat untuk memenuhi kehendak Allah pasti akan mengorbankan tuntutan nafsu, sebaliknya jika keputusan ikhtiyar untuk  memenuhi tuntutan nafsu pasti akan mengorbankan kehendak Allah.

- Allah berkuasa atas segala sesuatu termasuklah hati-hati hambanya. Segala sesuatu selain Allah berada di dalam takdir dan hukum Allah. Namun begitu Allah membuat keputusan bahawa ikhtiyar hati adalah satu-satu amal yang tidak ditakdirkan Allah atas hambanya. Inilah maksud penciptaan seluruh alam untuk menguji hamba samada bagi membuktikan kesetiaan dan pengakuan hamba seperti mana ketika di alam ruh. Ikhtiyar hati akan mempengaruhi niat seseorang hamba ketika melakukan ketaatan terhadap Allah. Ikhtiyar adalah salah satu amal hati yang akan menentukan segala amal hati yang lain dan akan mempengaruhi fikiran hambanya.

- Sabitnya amal perbuatan berdasarkan ikhtiyar hamba. Allah menentukan takdir segala amal hamba baik atau buruk, namun pada ketika yang sama Allah lepaskan hamba untuk membuat keputusan menerima kebaikkan dan menolak kejahatan.

- Sekiranya ikhtiyar beliau seiring dengan takdir amal kebaikkan maka itu akan dianggap sepuluh kebajikkan manakala sekiranya iktiyar beliau bertentangan dengan takdir kebaikkan itu akan dianggap kesiaan dan kemunafiqkan. Sekiranya iktiyar beliau bertentangan dengan takdir kejahatan, maka itu dianggap satu kebajikkan, manakala sekiranya ikhtiyar beliau seiring dengan takdir kejahatan itu disabitkan satu kemaksiatan

Namun hati dalam membuat keputusan untuk memilih (ikhtiyar) perlukan janji untuk menimbulkan jasbah atau ikhtisab. Maka dengan yakin pada janji itulah beliau membuat keputusan untuk taat. (Inilah tazkiyah nafs yang dibentuk oleh Allah untuk beliau)

"Maka aku harus meletakkan kepercayaanku kepada Allah."
Takwilnya:
Tawakal beliau bukan sahaja untuk beliau malah untuk ikutan seluruh ummat.
• tawakal bermaksud menyerahkan segala urusan yang diambil tanggungjawab oleh Allah dan tidak sama sekali masuk campur dalam perkara tersebut. Segala amal hati adalah disabitkan dengan ikhtiyar hamba, maka ikhtiyar adalah dituntut sebelum bertawakal.
• perkara yang perlu diusahakan adalah amalan hati, amal zahir akan mengikuti amalan hati. Perkara yang telah ditakdirkan tidak perlu untuk dirisaukan, kerana sebanyak mana pun usaha hamba tidak akan dapat mengubah takdir. Menjaga setiap perkara dan amalan zahir supaya dapat menjaga hati yang masih lemah.
• hamba yang bertawakal adalah hamba yang mengetahui hakikat tajrid dan kasab hati. Hamba juga perlu mengetahui akan adanya perintah untuk tajrid dan adanya perintah untuk kasab.

"Maka aku baca bismillah dan meninggalkan rumah dalam rasa takut dan teror."
Takwilnya:
Usaha beliau diberkahi, dipermudahkan, dosanya diampunkan, rezkinya dipermudahkan, dihantar malaikat untuk mendampingi beliau malah dia merupakan wali Allah yakni di dalam pemeliharaan Allah. Walaupun zahirnya nampak biasa, namun apa yang di dalam hatinya jauh berbeza.

"Bahkan aku biarkan pintu depan terbuka supaya aku bisa dengan mudah berlari kembali."
Takwilnya:
InsyaAllah akan berlaku perubahan kepada beliau kerana keputusan yang telah beliau buat. Keputusan beliau memberi impak yang besar kepada perubahan tersebut. InsyaAllah akan datang kekuatan dan bantuan dari Allah, dan beliau mendekat kejayaan sudah terbuka cuma beliau perlu teruskan usaha dengan bersungguh sungguh.

"Aku berjalan perlahan dengan kewaspadaan tinggi di saat pertama."
Takwilnya:
Inilah ujian pertama beliau untuk taat perintah Allah menyebarkan mimpi beliau. Walaupun beliau sedar usaha beliau akan memberikan kesan dan pandangan serong malah kelak akan dihina, malah ditentang namun beliau tetap melangkah maju dengan  "perlahan" yakni sabar dan "kewaspadaan tinggi" yakni sifat tawaruk.

"Aku tidak melihat satupun singa.Lalu aku berjalan terus dan melihat potongan lengan dari seekor singa. Aku berpikir, siapa gerangan yang bisa membunuh seekor singa yang menakutkan."
Takwilnya:
Ghazwa Hind adalah peperangan beliau yang pertama. Ketika Ghazwa Hind beliau tidak memimpin peperangan tersebut. Peperangan tersebut dipimpin oleh orang lain (Pemuda Bani Tamim).

"Semakin jauh ke depan, aku melihat sepotong kepala singa. Lalu beberapa potongan tubuh singa."
Takwilnya:
Beliau akan berada atau berserta di dalam Ghawa Hind kerana peperangan ini sangat hebat dan berlarutan "Semakin jauh ke depan" akhirnya InsyaAllah peperangan ini dimenangi sehingga raja negara India dapat ditawan "sepotong kepala singa" dan negara India akan dijarah secara keseluruhan.

"Aku merasa tenang menyadari bahwa Allah sedang memuluskan perjalananku. Lalu aku mulai mencari-cari Allah, mengira-ngira apa yang harus dilakukan selanjutnya."
Takwilnya:
Setiap usaha Qassim merupakan tarbiah dan tazkiyah khusus dari Allah. Qassim sendiri merasakan nikmat rahmat Allah yang dikurniakan kepadanya. Semakin Qassim melalui proses tarbiah dan tazkiyah semakin tinggi usaha beliau dapat disempurnakan.

"Aku melihat sebuah gedung besar dan aku menanjaki atapnya untuk mencari Allah."
Takwilnya:
Beliau berjaya untuk menyempurnakan kembali alManhaj anNubuah bahkan dapat mengujudkan kembali golongan Muhajirin dan Ansar. Hasil usaha tersebut menyebabkan kesatuan sebahagian besar umat Islam. beliau bersedia untuk memikul tanggungjawab yang seterusnya.

"Aku melihat Cahaya Allah pergi ke suatu tempat maka aku mengikutinya. Ketika aku mencapai Cahaya itu, ia menghilang."
Takwilnya:
Qassim melihat dan bersyukur bahawa semua yang berlaku semata mata dengan pertolongan dan perlindungan Allah. Allah menunjukkan kepada Qassim untuk mengambil kembali BaitulMaqdis, satu jemaah kecil dihantar untuk membuka BaitulMaqdis. Dengan penaklukkan BaitulMaqdis petunjuk itu jelas terdapat pada beliau, tanpa beliau sedari.

"Cahaya Allah amat menakjubkan sehingga aku tidak sadar aku telah berada di atas tanah. Aku terkejut, berpikir, bagaimana aku bisa tidak jatuh? Aku sadar, Allah l terus menahan tubuhku sepanjang waktu."
Takwilnya:
Setelah Qassim berjaya menakluki dan membuka semula BaitulMaqdis barulah dunia sedar bahawa Qassim adalah orang yang sebenarnya mereka nantikan. Allah ingin menunjukkan kepada ummat siapa pilihan Allah yang sebenarnya.

"Aku merasa sangat bersemangat dan aku memanggil Allah berkata “Dimanakah Engkau?” Lalu Allah l menyebutkan nama tujuanku dan berkata, “Qasim, Aku di sini. Kemarilah cepat!” Dengan sekuat tenaga, aku melihat ke sekitar berpikir bahwa aku harus mencapai-Nya."
Takwilnya:
Setiap peperangan yang ditempohinya pasti mendapat jaminan kemenangan, sehingga ini menimbulkan jasbah atau semangat kepada beliau dan pasukkan beliau. Kenyakinan semakin bertambah kepada orang yang melihatnya. Sehingga tiba musim haji, beliau menyahut seruan Allah untuk mengunjungi Baitullah dan menunaikan Haji. Semua ummat melihat beliau dan mengharapkan beliau memimpin ummat. Beliau memandang ummat dan dengan itu beliau menerima bai'ah tersebut.

"Lalu aku melihat sebuah motor hitam besar yang mewah. Aku mengendarainya namun jalan dipenuhi oleh lumpur sehingga melambatkanku."
Takwilnya:
Kehidupan beliau akan berubah daripada keadaan yang sebelumnya dan harta akan datang kepada beliau dari tempat yang tidak disangka. Beliau akan membahagi bahagikan kemewahan dan harta tersebut kepada semua, beliau merupakan seorang dermawan yang pemurah yakni memberi tanpa mengira ngira. Kemuliaan hati beliau disedari umum sehingga masyarakat memuliakan beliau.

Seperti mana kemuliaan istemewa yang beliau miliki begitu juga ujian-ujian dan halangan juga merupakan kehidupan yang perlu beliau tempohi. Di hadapan beliau sudah tersedia beberapa peperangan yang perlu beliau tempohi.
Lumpur bermaksud halangan halangan dan sesuatu yang merbahaya yang menghalangi perjalanan beliau.

"Aku berharap jalan itu bagus supaya aku bisa berkendara lebih cepat. Ketika aku berkata seperti ini, sebuah karpet berwarna hitam muncul dari bumi dan terbentang. Aku menjadi gembira dan mengendarai motorku dengan kecepatan penuh, mencapai tujuanku. "
Takwilnya:
Ketika Qassim berhajat kepada Allah, Allah membantunya dari segala arah. Karpet ditakwilkan sebagai dunia atau kehidupan atau akan dimuliakan atau memenangi peperangan. Hitam bermaksud bantuan tersebut adalah rahsia Allah yang sebelumnya tiada dipamerkan atau tiada dikenali.

Secara umum ditakwilkan bahawa Allah telah mengubah segala kehidupan Qassim sebelumnya, dan dihimpunkan oleh Allah tentera tentera yang membantu Qassim yang sebelumnya tiada dikenali, yakni kemunculan Pasukkan Panji Panji Hitam. Panji Panji Hitam ini bukan lagi perlu ditakwil kerana ianya adalah pasukkan yang besar dan hebat yang setiap satu pasukkan mengibarkan satu Panji Hitam. Allah membantu Qassim untuk memenangi segala peperangan dan dengan itu beliau dimuliakan dibumi Allah. Beliau sendiri akan mengibarkan Panji Putih, sebagai tanda Khalifah alManhaj anNubuah telah dikembalikan.

"Itu adalah sebuah gedung mewah yang sangat besar dan indah. Aku berlari ke dalam dengan semangat."
Takwilnya
Qassim membentuk kembali struktur kekhalifahan alManhaj anNubuah separti yang telah ditinggalkan oleh Rasullullah, sehingga Islam kembali semula ke puncak.

 "Suasananya sangat tenang dan menyejukkan dan di sana sangat damai. Warna dan bentuknya agak pudar, meninggalkan kesan menarik hampir seperti seolah seseorang baru saja mengecat gedungnya. Dan aku merasa, Allah l sedang akan membangun kembali gedung itu dan membuatnya baru."
Takwilnya
Ummat kembali menikmati kemakmuran dan keadilan Islam. Sunnah Ibadah dan sunnah Adat dapat dihidupkan semula dengan perasaan tenteram. Semua kejayaan tersebut semata mata atas Rahmat Allah.

"Aku pergi dari satu ruangan ke ruangan lainnya dan mencapai sebuah aula besar."
Takwilnya
Ruang melambangkan keperibadian atau rohaniatnya. Beliau telah melangkau tingkatan demi tingkatan dalam tazkiyah nafs. InsyaAllah kedudukkan beliau mencapai ke tingkatan mardiah.

"Dan di aula besar itu ada Cahaya Allah.
takwilnya"
Kedudukkan beliau InsyaAllah sangat hampir di sisi Allah menyamai kedudukkan orang yang muqarrabin seperti para sahabat radhiAllahum. Hanya orang tertentu yang dipilih oleh Allah boleh sampai kedudukkan ini. Ini adalah kurnian Allah bukan atas kemampuan diri makhluk.

"Allah berkata, “Qasim, tidakkah aku katakan kepadamu bahwa Aku akan membawamu kemari dengan aman?”

Aku berkata kepada Allah, “Engkau
telah menjadikan benar pernyataan-Mu dan Engkau telah menunjukkan kepadaku jalannya. Engkau mengeluarkan aku dari kegelapan dan Engkau membawaku kepada cahaya. Sungguh, Engkau adalah Sebaik-baik Pemberi Petunjuk. 

يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
"Dengan itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan  Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita  kepada cahaya yang terang-benderang, dengan izinNya; dan Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus."
Surah alMaaidah, 5: 6

"Sekarang, aku akan menyelesaikan sisa tugasku hingga besok pagi. Lalu aku akan memberi-Mu kabar tentang penyelesaian tugasku.”
Allah menjawab dengan nada yang serius, berkata “Qasim, jika kamu
menyelesaikan semua tugasmu besok, maka Aku akan menggelar hari kiamat
di sore harinya.”

Share this :

Previous
Next Post »
0 Komentar

Penulisan markup di komentar
  • Silakan tinggalkan komentar sesuai topik. Komentar yang menyertakan link aktif, iklan, atau sejenisnya akan dihapus.
  • Untuk menyisipkan kode gunakan <i rel="code"> kode yang akan disisipkan </i>
  • Untuk menyisipkan kode panjang gunakan <i rel="pre"> kode yang akan disisipkan </i>
  • Untuk menyisipkan quote gunakan <i rel="quote"> catatan anda </i>
  • Untuk menyisipkan gambar gunakan <i rel="image"> URL gambar </i>
  • Untuk menyisipkan video gunakan [iframe] URL embed video [/iframe]
  • Kemudian parse kode tersebut pada kotak di bawah ini
  • © 2015 Simple SEO ✔